Subjek Sejarah
Peta Sunda atau Sundaland
Peradaban Asal Sunda
Sejarah memiliki cara sendiri untuk memberikan makna kehidupan
manusia di mana terdapat banyak campur tangan serta penafsiran oleh
manusia untuk memahaminya. Ketika bangsa-bangsa Barat cenderung dan
terlibat di dalam bidang agama dari sebelah timur (Orientalis), maka
kisah Nabi-nabi pun diberikan dri-ciri khas mengikut acuan Barat,
terutamanya kisah Nabi Musa ditukarkan namanya kepada Moses manakala
Nabi Isa ditukarkan kepada nama Jesus. Bangsa-bangsa Barat membangunkan
hegemoni sendiri, iaitu mengikut citarasa dan acuan mereka.
Nusantara merupakan tempat paling awal tamadun dan peradaban manusia
di muka bumi ini. Awal peradaban itu dimulai dari daerah sekeliling
Gunung Batara Guru (iaitu Tasik Toba sekarang yang terletak di
Sumatera), dan kita semua mengenali masyarakatnya dengan sebutan
Batakara (orang Batak Karo). Daerah ini pula sering disebut sebagai
“Mandala Hyang” atau Mandailing. Kepercayaan agama di sini dinamakan
“Surayana” dengan kiblat Matahari atau “Batara Durga” (kita menyebutnya
sebagai ‘syurga’), sehingga kita mengenal erti istilah “Satu Sura”
(‘Suro’).
Apabila Gunung Batara Guru itu meletus (lalu menyebabkan munculnya
Tasik Toba), peradaban pun bergeser pula ke Gunung Sunda (Gunung
Krakatau/Krakatoa) yang disebut sebagai “Buana Ataan” ataupun Banten.
Plato ada menyebutnya sebagai Benua Atalan (Atlantis) dan yang lain
menggelarnya sebagai Sundaland. Kepercayaan agama penduduk wilayah ini
dinamakan “Sundayana”, iaitu sama dengan “Surayana”. Manakala perkataan
“Sunda” itu pula bukannya nama bagi satu kumpulan etnik yang terdapat di
Jawa Barat, tetapi nama ajaran agama dan ia menjadi satu wilayah yang
sangat besar. Perkataan “Sundayana” oleh Barat digunakan lalu menjadi
“Sunday”, manakala matahari pula menjadi “sun”.
Apabila Gunung Krakatau pula meletus, penduduknya pun berpindahlah ke
daerah Lamba Hyang ataupun Lambang (Lembang) dengan mendirikan
peradaban baru. Konsep kenegaraan pertama di muka bumi ini adalah
berasal dari wilayah Gunung Agung ataupun Tankuban Parahu dengan
berkonsepkan “Salaka Domas” dan juga “Salaka Nagara” (Dwivarna: merah =
cahaya, dan putih = negara), iaitu sistem kenegaraan yang berupa
Keratunan dan dimulai oleh Sang Hyang Watugunung Ratu Agung Manikmaya,
dan selepas itu, dilanjutkan pula oleh Maharatu Resi Prabhu Sindu La
Hyang dengan meneruskan dinasti Warman (Mula-warman) atau Prabhu
Tarumanagara dengan Da Hyang Su-Umbi. Sebutan perkataan “Ratu” tidak
sama dengan erti “Queen” kerana “Ratu” adalah bersamaan ertinya dengan
“Rajya” (bahasa Sanskrit: Raja).
Setelah Gunung Agung (Tankuban Parahu) meletus, maka pemerintahan pun
berpindah ke Gunung Brahma (Bromo) dengan dua buah gerbang besar, iaitu
Gunung Sundoro (Sunda-Ra) dan Gunung Sumbing (Su-Umbi Hyang) serta
pelataran Dieng (Da Hyang). Penanda puncak kejayaan ajaran Sataka Domas
dan Salaka Nagara adalah Gunung Meru. Letusan Gunung Brahma (Bromo) pula
menyebabkan pusat pentadbiran kerajaan berpindahlah ke Gunung Dede
(Gunung Agung Bali) di mana ajaran Sundayana itu terus berkembang
seperti yang diajarkan oleh Prabhu Sindhu, dan ia menjadi semakin pesat
berkembang dengan nama Udayana (Sundayana).
Peradaban pemerintahan Purwanagara ini pula diakhiri dengan baginda
menetapkan Gunung Tambo-Ra di Pulau Su-Bawa di mana Maharaja Resi Prabhu
Tarus Bawa terus berkuasa dalam zaman Swargantara (iaitu zaman dahulu
kala yang belum wujud lagi Nusantara).
Ajaran Sundayana yang disampaikan oleh Maharatu Resi Prabhu Sindhu La
Hyang itu diterapkan oleh bangsa Jepun dipanggil sebagai “Sintho”
(Shinto) di mana pusat ajaran Matahari ditetapkan di Su-Mate-Ra, tetapi
di Jepun, ianya menjadi sebutan A-Mate-Ra-Su. Ajaran ini turut
berkembang sehingga ke Negeri China dan India. Adakah agama Vedik dan
Brahma India itu berasal dari sini (Nusantara) ?
Di Negeri China pula, konsep ajaran La Hyang itu dikenali dengan
sebutan “Liong” (Naga dan Ra). Di India, ianya disebut “Hindu” yang
diawali dari daerah Jambudwipa. Di Mesir pula, ianya dikenali sebagai
“Dewa Ra”. Mungkinkah Siddhartha Gautama Buddha itu berasal dari
Nusantara ? Kenapakah Candi Borobodur itu dibina di Pulau Jawa ?
Mungkinkah orang-orang Melayu telah membawa ajaran La Hyang itu ke Mesir
Purba dan memperkenalkan Dewa atau Tuhan Ra ?
Sundayana di mana Yana = Ajaran dan Ajaran Sunda = Sundayana.
lanya merupakan ajaran mengenal perihal kebenaran, kebaikan dan
sifat-sifat terpuji. Konsep ini diterapkan pula ke dalam berbagai-bagai
agama di seluruh dunia. Sundaland pada zaman dahulu kala itu ada
meliputi wilayah tanah daratan yang sangat besar, sebelum berlakunya
bencana dan malapetaka paling hebat, termasuklah letusan gunung berapi
dan banjir besar (super tsunami), lanya merangkumi wilayah yang luasnya
lebih satu perempat (1/4) permukaan bumi ini.
Mengikut satu lagenda purba, runtutan Pa-Ra Buyut dan juga
Rumuhan (Leluhur ataupun Karuhan ataupun Nenek Moyang), perjalanan
bangsa Sunda (BangsaAtlantis/Lemuria) dimulai dari daerah Su-Mate-Ra. Mereka
telah membangun kebudayaan dan Peradaban selama beribu tahun lamanya di
kawasan Mandala Hyang (Mandailing) daerah Ba-Ta-Ka-Ra (Batak Karo)
sampailah ke daerah Pa-Da-Hyang (Padang).
Pada zaman itu, para Karuhun (nenek moyang kita) memeluk ajaran
agama yang disebut Su-Ra-Yana atau Ajaran Surya (atau agama menyembah
matahari). Apabila Gunung Batara Guru di Sumatera meletuskan laharnya
sehingga habis, ianya meninggalkan sisa Kaldera yang sekarang ini
menjadi tasik besar, dan diberi nama Tasik Toba yang sangat luas
(saiznya lebih 100,000 kilometer persegi). Dipercayai bahawa seluruh
dunia telah gelap, tertutup dengan awan debu selama tiga bulan akibat
letusan Gunung Batara Guru itu yang menyebabkan musnah dan pupus
berbagai binatang dan tumbuhan di muka bumi ini.
Masa terus berganti masa dan cerita pun berubah-ubah. Mandala Hyang
beralih pula ke Gunung Sunda (sekarang ini terkenal dengan nama Gunung
Krakatau/Krakatoa: Ka-Ra-Ka-Twa). Pada waktu itu manusia di muka bumi
ini belum mengenal konsep Negara, tetapi ia lebih kepada konsep Wangsa
(Bangsa). Manakala Wilayah Mandala Hyang pada masa itu disebut sebagai
“Buana Nungcung” kerana ianya terletak di kawasan tanah tinggi,
sementara Maya Pa-Da (Jagat Raya) pula dikenali dengan nama Buana Agung
atau Ageung atau Gede, dan Buana Alit (Jagat Alit). Perkataan Buana di
zaman dahulu kala mengalami metaformosis kata menjadi “Banua” atau
“Benua.
Puncak Pertala di Buana Nyungcung Gunung Sunda itu pun dijadikan
Mandala Hyang, dan begitu juga dengan nama Ba-Ta-Ra Guru yang
menggantikan petilasan (ataupun tempat yang sudah hilang). Di zaman itu
pula, kehidupan wangsa menunjukkan kemajuan yang luar biasa dengan
perkembangan kebudayaan/peradaban, dengan berbagai penemuan teknologi di
darat dan di laut. Wilayah ini pula terkenal dengan Jiama “Buana A-ta”
(Buana yang kukuh dan gemilang). Bagi bangsa luar, ia dikenali dengan
nama “Atalan” (atau Atlantis = Ataland).
Kemajuan di segala bidang pun terhenti apabila Gunung Sunda (Gunung
Ka-Ra-Ka-Twa/Krakatau/Krakatoa) itu pula meletus, di mana daratan/bumi
berpecah menjadi pulau-pulau, dan yang terbesar adalah pulau Sumatera
dan juga Pulau Jawa. Dan semua bukti peninggalan kemajuan dan tamadun
Buana Atalan itu telah pun hilang ditelan lautan. Tetapi yang masih
tertinggal sebagai bukti adalah ajaran Sundayana atau Surayana.
Sama seperti kejadian yang berlaku terhadap Gunung Ba-Ta-Ra Guru
(ataupun Gunung Toba) yang wilayahnya itu merangkumi Pa-Da-Hyang, begitu
juga dengan tamadun Batara Guru Sunda yang wilayahnya merangkumi
Pa-Ra-Hyang, ajaran Surayana itu diteruskan oleh Prabhu Sindhu (Sang
Hyang Tamblegmeneng), iaitu putera Sang Hyang Watugunung Ratu Agung
Manikmaya yang kemudiannya ajaran tersebut terkenal dengan nama
“Sundayana” atau Sindhu Sandi Sunda.
Kemudian, ajaran Sundayana ini tersebar pula ke seluruh dunia.
Manakala perjalanan bagi Prabhu Sindhi ke wilayah Jepun membuatkan
ajaran ini terkenal pula dengan nama Shinto, iaitu memuja kepada Sang
Hyang Manon (Na-Ra). Bahkan lambang ajaran itu dijadikan Bende-Ra
(panji-panji atau bendera) bangsa Jepun.
Perjalanan bagi penyebaran ajaran Sundayana sampai ke wilayah India,
di sebuah sungai yang membelah lembah, kemudiannya dinamakan Sungai
Sindhu (dan orang Barat pula menamakan sungai ini sebagai Sungai Hindus
ataupun Indus), tepatnya terletak di wilayah Jambudwipa. Ajaran dan
tamadun Sundayana sangat luar biasa sehingga ianya dapat pula membentuk
peradaban tinggi yang bermula di Mohenjodaro dan Harappa. lanya mirip
nama dengan “Maharja-Sunda” dan “Pa-Ra-Ha/Hu”, iaitu sama dengan nama
sebuah tempat di wilayah Parahyangan pada zaman sekarang.
Pengaruh agama Sundayana (Nusantara) itu pula meresap masuk ke dalam
agama-agama besar dunia, seperti Hindu, Buddha, Shinto, Mithra,
Zoroaster, Ra, Isis, Mayan, Inca, Yahudi dan Kristian. Selain itu,
bahasa Nusantara (dengan adaptasi mengikut dialek) berkembang menjadi
bahasa-bahasa besar dunia, dan termasuklah tulisan yang dimulai di
Sumeria dan Mesir Purba yang disebarkan oleh para pengembara Melayu.
Sesungguhnya Melayu itu adalah Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Melayu itu juga merupakan Budaya Yang Memerintah.
Orang Melayu akan pasti kembali menjadi pemerintah dunia di masa akan
datang, iaitu sama seperti nenek moyang mereka sebagai pengasas tamadun
dunia sejak lebih 50,000 tahun dahulu yang dikenali sebagai ‘The Cradle
of Civilization’ untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini. Adalah
dipercayai bahawa Nabi Adam AS diturunkan ke dunia ini terus ke sini
(Eden = Sundaland = Nusantara) dan Nabi Nuh AS mengalami banjir besar di
sini juga (yang mengakibatkan tenggelamnya Sundaland) dan merubah
kedudukan geografi muka bumi dunia.
Adalah dipercayai bahawa kewujudan Melayu (Funan atau Hitti ataupun
Cathay) semenjak zaman Nabi Nuh AS dapat menerangkan hal hakikat
bagaimana Red Indian Amerika, Orang Eskimo, Orang Ainu, dan Orang
Kepulauan Pasifik (Polynesia serta Melanesia) itu adalah berasal dari
Orang Melayu. Sebenarnya bangsa Melayu ini tersangatlah tua di dalam
sejarah kewujudan dunia. Kini jumlah orang Melayu di seluruh dunia
melebihi 350 juta jiwa yang kebanyakan mereka menetap di Kepulauan
Nusantara ataupun Alam Melayu (Malaysia, Indonesia, Brunai, Selatan Thai
serta Selatan Filipina). Bilakah Melayu akan bangkit ?
Perkara inilah yang sangat ditakuti oleh bangsa-bangsa lain di dunia,
terutamanya orang-orang Barat, Yahudi dan China. Oleh kerana sejarah
dunia ini, termasuklah sejarah kita, ditulis oleh para sarjana Barat,
sudah tentu ianya bersifat berat sebelah yang memihak kepada mereka dan
para sahabat mereka, menenggelamkan sejarah sebenar Orang Melayu. Lebih
malang lagi, ahli-ahli sejarah kita pun turut terikut-ikut dengan rentak
Barat serta mengikuti acuan Barat. Semua buku teks sejarah berpaksi
kepada idea dan ciptaan Barat di mana para pelajar dan pengkaji sejarah
terus menerus ‘copy and paste’ tesis penulisan mereka dari tahun ke
tahun tanpa ada melakukan kajian komprehensif yang mendalam mengikut
kaca mata sendiri. Selain itu, tiada dana khusus diberikan kepada para
penyelidik dan pengkaji sejarah tanahair untuk melakukan satu penulisan
kisah sebenar sejarah Bangsa Melayu. Perkara yang paling menakjubkan
adalah penamaan banjaran gunung tertinggi di dunia ini yang diberikan
nama gah “Himalaya” (Hi = Gunung, Malaya = Melayu). Kenapakah para
pemimpin kita, termasuk para cendekiawan sejarah tidak mahu memikirkan
hal ini ?
Kata-kata keramat, iaitu Mula, Cipta, Rupa, Nyata itu ada membawa
erti yang tersangat bermakna serta mendalam kepada Orang Melayu jikalau
mereka mahu berfikir secara terbuka tanpa berkiblat kepada para
cendekiawan Barat tentang kehebatan dan kesaktian bangsa sendiri.
Oleh kerana kecerdikan Orang Barat dan ketololan Orang Melayu,
wilayah Nusantara ini telah dipecahkan kepada beberapa buah negara:
Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Filipina dengan identiti
yang berasingan di antara satu sama lain. Maka berpecahlah Bangsa
Melayu itu kepada berbagai puak, suku bangsa dan etnik dengan
masing-masing kumpulan mempunyai ideologi dan identiti yang sangatlah
asing walau pun mereka dari satu rumpun bangsa yang satu di zaman dahulu
kala. Mereka itu semua sudah kehilangan identiti sendiri kerana
mengambil 100% identiti orang lain.
Kebanyakan Orang Melayu Nusantara ini tidak faham atau tidak mahu
faham tentang taktik dan muslihat penjajah Barat yang mengadu domba
sesama mereka supaya jangan sekali-kali bersatu padu. Penjajah Barat itu
memang mengetahui hal sebenar kehebatan dan kesaktian Orang Melayu yang
tidak dapat ditewaskan dengan apa jua peralatan perang canggih mereka.
Untuk menyelesaikan perkara itu, mereka pun berpakat memasuki wilayah
Nusantara. Inggeris, Belanda, Portugis dan Sepanyol bersatu padu
memasuki wilayah ini dengan muslihat perdagangan dan mengamal perbuatan
rasuah kepada para pembesar Melayu. Apabila berjaya menawan hati para
pembesar tersebut, penjajah pun terus mencengkam ekonomi dan politik
Nusantara, dan mengagih-agihkan sesama mereka ke atas wilayah penguasaan
mereka. Inggeris pun mendapat Semenanjung Tanah Melayu dan juga
bahagian Utara Pulau Kalimantan. Belanda mendapat Indonesia. Sepanyol
mendapat Filipina dan Portugal pula mendapat Timor Timur. Walau pun para
penjajah itu sudah menyerahkan wilayah-wilayah jajahan mereka kepada
penduduk pribumi tetapi pemerintahan negara tetap berada di tangan
anak-anak didik mereka di mana kekayaan negara menjadi milik mereka
bersama-sama kroni dan konco-konco mereka sendiri.
Rahsia Melayu sudah terbongkar sedikit demi sedikit oleh sebab
berlakunya perpecahan di kalangan bangsa Melayu di Indonesia, Malaysia,
Filipina dan Selatan Thailand. Isu Singapura sudah terbuka dengan nyata
apabila pulau ini sudah berada di tangan bangsa asing yang sebelumnya ia
adalah milik orang Melayu. Lebih malang lagi bila berlaku perpecahan
sesama sendiri di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Selatan Thailand,
iaitu orang Melayu bersengketa di antara sesama Melayu. Bibit-bibit
perpecahan ini menjadi suatu petanda untuk kebangkitan bangsa Melayu di
masa hadapan yang akan dipimpin oleh para pemimpin sejati Melayu untuk
memenuhi permintaan
Sebuah Artikel Blog Yang Salah Kaprah...Tidak Benar dan Menyesatkan...Sejarah Indonesia...!
Kamis, 25 Desember 2014
Bangsa Sunda(I.N.I.S.O.E.N.D.A) Bukan Orang Melayu(Bangsa Melayu).....!
Diposting oleh
My Name Is Andy
| Kamis, 25 Desember 2014
0 komentar:
Posting Komentar