Rabu, 24 Desember 2014

Bangsa Sunda(I.N.I.S.O.E.N.D.A) Bukan Orang Melayu(Bangsa Melayu).....!

Subjek Sejarah
prehistoric-sundaland-1
  Peta Sunda atau Sundaland 
Peradaban Asal Sunda
Sejarah memiliki cara sendiri untuk memberikan makna kehidupan manusia di mana terdapat banyak campur tangan serta penafsiran oleh manusia untuk memahaminya. Ketika bangsa-bangsa Barat cenderung dan terlibat di dalam bidang agama dari sebelah timur (Orientalis), maka kisah Nabi-nabi pun diberikan dri-ciri khas mengikut acuan Barat, terutamanya kisah Nabi Musa ditukarkan namanya kepada Moses manakala Nabi Isa ditukarkan kepada nama Jesus. Bangsa-bangsa Barat membangunkan hegemoni sendiri, iaitu mengikut citarasa dan acuan mereka.
Nusantara merupakan tempat paling awal tamadun dan peradaban manusia di muka bumi ini. Awal peradaban itu dimulai dari daerah sekeliling Gunung Batara Guru (iaitu Tasik Toba sekarang yang terletak di Sumatera), dan kita semua mengenali masyarakatnya dengan sebutan Batakara (orang Batak Karo). Daerah ini pula sering disebut sebagai “Mandala Hyang” atau Mandailing. Kepercayaan agama di sini dinamakan “Surayana” dengan kiblat Matahari atau “Batara Durga” (kita menyebutnya sebagai ‘syurga’), sehingga kita mengenal erti istilah “Satu Sura” (‘Suro’).
Apabila Gunung Batara Guru itu meletus (lalu menyebabkan munculnya Tasik Toba), peradaban pun bergeser pula ke Gunung Sunda (Gunung Krakatau/Krakatoa) yang disebut sebagai “Buana Ataan” ataupun Banten. Plato ada menyebutnya sebagai Benua Atalan (Atlantis) dan yang lain menggelarnya sebagai Sundaland. Kepercayaan agama penduduk wilayah ini dinamakan “Sundayana”, iaitu sama dengan “Surayana”. Manakala perkataan “Sunda” itu pula bukannya nama bagi satu kumpulan etnik yang terdapat di Jawa Barat, tetapi nama ajaran agama dan ia menjadi satu wilayah yang sangat besar. Perkataan “Sundayana” oleh Barat digunakan lalu menjadi “Sunday”, manakala matahari pula menjadi “sun”.
Apabila Gunung Krakatau pula meletus, penduduknya pun berpindahlah ke daerah Lamba Hyang ataupun Lambang (Lembang) dengan mendirikan peradaban baru. Konsep kenegaraan pertama di muka bumi ini adalah berasal dari wilayah Gunung Agung ataupun Tankuban Parahu dengan berkonsepkan “Salaka Domas” dan juga “Salaka Nagara” (Dwivarna: merah = cahaya, dan putih = negara), iaitu sistem kenegaraan yang berupa Keratunan dan dimulai oleh Sang Hyang Watugunung Ratu Agung Manikmaya, dan selepas itu, dilanjutkan pula oleh Maharatu Resi Prabhu Sindu La Hyang dengan meneruskan dinasti Warman (Mula-warman) atau Prabhu Tarumanagara dengan Da Hyang Su-Umbi. Sebutan perkataan “Ratu” tidak sama dengan erti “Queen” kerana “Ratu” adalah bersamaan ertinya dengan “Rajya” (bahasa Sanskrit: Raja).
Setelah Gunung Agung (Tankuban Parahu) meletus, maka pemerintahan pun berpindah ke Gunung Brahma (Bromo) dengan dua buah gerbang besar, iaitu Gunung Sundoro (Sunda-Ra) dan Gunung Sumbing (Su-Umbi Hyang) serta pelataran Dieng (Da Hyang). Penanda puncak kejayaan ajaran Sataka Domas dan Salaka Nagara adalah Gunung Meru. Letusan Gunung Brahma (Bromo) pula menyebabkan pusat pentadbiran kerajaan berpindahlah ke Gunung Dede (Gunung Agung Bali) di mana ajaran Sundayana itu terus berkembang seperti yang diajarkan oleh Prabhu Sindhu, dan ia menjadi semakin pesat berkembang dengan nama Udayana (Sundayana).
Peradaban pemerintahan Purwanagara ini pula diakhiri dengan baginda menetapkan Gunung Tambo-Ra di Pulau Su-Bawa di mana Maharaja Resi Prabhu Tarus Bawa terus berkuasa dalam zaman Swargantara (iaitu zaman dahulu kala yang belum wujud lagi Nusantara).
Ajaran Sundayana yang disampaikan oleh Maharatu Resi Prabhu Sindhu La Hyang itu diterapkan oleh bangsa Jepun dipanggil sebagai “Sintho” (Shinto) di mana pusat ajaran Matahari ditetapkan di Su-Mate-Ra, tetapi di Jepun, ianya menjadi sebutan A-Mate-Ra-Su. Ajaran ini turut berkembang sehingga ke Negeri China dan India. Adakah agama Vedik dan Brahma India itu berasal dari sini (Nusantara) ?
Di Negeri China pula, konsep ajaran La Hyang itu dikenali dengan sebutan “Liong” (Naga dan Ra). Di India, ianya disebut “Hindu” yang diawali dari daerah Jambudwipa. Di Mesir pula, ianya dikenali sebagai “Dewa Ra”. Mungkinkah Siddhartha Gautama Buddha itu berasal dari Nusantara ? Kenapakah Candi Borobodur itu dibina di Pulau Jawa ? Mungkinkah orang-orang Melayu telah membawa ajaran La Hyang itu ke Mesir Purba dan memperkenalkan Dewa atau Tuhan Ra ?
Sundayana di mana Yana = Ajaran dan Ajaran Sunda = Sundayana. lanya merupakan ajaran mengenal perihal kebenaran, kebaikan dan sifat-sifat terpuji. Konsep ini diterapkan pula ke dalam berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Sundaland pada zaman dahulu kala itu ada meliputi wilayah tanah daratan yang sangat besar, sebelum berlakunya bencana dan malapetaka paling hebat, termasuklah letusan gunung berapi dan banjir besar (super tsunami), lanya merangkumi wilayah yang luasnya lebih satu perempat (1/4) permukaan bumi ini.

Mengikut satu lagenda purba, runtutan Pa-Ra Buyut dan juga Rumuhan (Leluhur ataupun Karuhan ataupun Nenek Moyang), perjalanan bangsa Sunda (BangsaAtlantis/Lemuria) dimulai dari daerah Su-Mate-Ra. Mereka telah membangun kebudayaan dan Peradaban selama beribu tahun lamanya di kawasan Mandala Hyang (Mandailing) daerah Ba-Ta-Ka-Ra (Batak Karo) sampailah ke daerah Pa-Da-Hyang (Padang).
Pada zaman itu, para Karuhun (nenek moyang kita) memeluk ajaran agama yang disebut Su-Ra-Yana atau Ajaran Surya (atau agama menyembah matahari). Apabila Gunung Batara Guru di Sumatera meletuskan laharnya sehingga habis, ianya meninggalkan sisa Kaldera yang sekarang ini menjadi tasik besar, dan diberi nama Tasik Toba yang sangat luas (saiznya lebih 100,000 kilometer persegi). Dipercayai bahawa seluruh dunia telah gelap, tertutup dengan awan debu selama tiga bulan akibat letusan Gunung Batara Guru itu yang menyebabkan musnah dan pupus berbagai binatang dan tumbuhan di muka bumi ini.
Masa terus berganti masa dan cerita pun berubah-ubah. Mandala Hyang beralih pula ke Gunung Sunda (sekarang ini terkenal dengan nama Gunung Krakatau/Krakatoa: Ka-Ra-Ka-Twa). Pada waktu itu manusia di muka bumi ini belum mengenal konsep Negara, tetapi ia lebih kepada konsep Wangsa (Bangsa). Manakala Wilayah Mandala Hyang pada masa itu disebut sebagai “Buana Nungcung” kerana ianya terletak di kawasan tanah tinggi, sementara Maya Pa-Da (Jagat Raya) pula dikenali dengan nama Buana Agung atau Ageung atau Gede, dan Buana Alit (Jagat Alit). Perkataan Buana di zaman dahulu kala mengalami metaformosis kata menjadi “Banua” atau “Benua.
Puncak Pertala di Buana Nyungcung Gunung Sunda itu pun dijadikan Mandala Hyang, dan begitu juga dengan nama Ba-Ta-Ra Guru yang menggantikan petilasan (ataupun tempat yang sudah hilang). Di zaman itu pula, kehidupan wangsa menunjukkan kemajuan yang luar biasa dengan perkembangan kebudayaan/peradaban, dengan berbagai penemuan teknologi di darat dan di laut. Wilayah ini pula terkenal dengan Jiama “Buana A-ta” (Buana yang kukuh dan gemilang). Bagi bangsa luar, ia dikenali dengan nama “Atalan” (atau Atlantis = Ataland).
Kemajuan di segala bidang pun terhenti apabila Gunung Sunda (Gunung Ka-Ra-Ka-Twa/Krakatau/Krakatoa) itu pula meletus, di mana daratan/bumi berpecah menjadi pulau-pulau, dan yang terbesar adalah pulau Sumatera dan juga Pulau Jawa. Dan semua bukti peninggalan kemajuan dan tamadun Buana Atalan itu telah pun hilang ditelan lautan. Tetapi yang masih tertinggal sebagai bukti adalah ajaran Sundayana atau Surayana.
Sama seperti kejadian yang berlaku terhadap Gunung Ba-Ta-Ra Guru (ataupun Gunung Toba) yang wilayahnya itu merangkumi Pa-Da-Hyang, begitu juga dengan tamadun Batara Guru Sunda yang wilayahnya merangkumi Pa-Ra-Hyang, ajaran Surayana itu diteruskan oleh Prabhu Sindhu (Sang Hyang Tamblegmeneng), iaitu putera Sang Hyang Watugunung Ratu Agung Manikmaya yang kemudiannya ajaran tersebut terkenal dengan nama “Sundayana” atau Sindhu Sandi Sunda.
Kemudian, ajaran Sundayana ini tersebar pula ke seluruh dunia. Manakala perjalanan bagi Prabhu Sindhi ke wilayah Jepun membuatkan ajaran ini terkenal pula dengan nama Shinto, iaitu memuja kepada Sang Hyang Manon (Na-Ra). Bahkan lambang ajaran itu dijadikan Bende-Ra (panji-panji atau bendera) bangsa Jepun.
Perjalanan bagi penyebaran ajaran Sundayana sampai ke wilayah India, di sebuah sungai yang membelah lembah, kemudiannya dinamakan Sungai Sindhu (dan orang Barat pula menamakan sungai ini sebagai Sungai Hindus ataupun Indus), tepatnya terletak di wilayah Jambudwipa. Ajaran dan tamadun Sundayana sangat luar biasa sehingga ianya dapat pula membentuk peradaban tinggi yang bermula di Mohenjodaro dan Harappa. lanya mirip nama dengan “Maharja-Sunda” dan “Pa-Ra-Ha/Hu”, iaitu sama dengan nama sebuah tempat di wilayah Parahyangan pada zaman sekarang.
Pengaruh agama Sundayana (Nusantara) itu pula meresap masuk ke dalam agama-agama besar dunia, seperti Hindu, Buddha, Shinto, Mithra, Zoroaster, Ra, Isis, Mayan, Inca, Yahudi dan Kristian. Selain itu, bahasa Nusantara (dengan adaptasi mengikut dialek) berkembang menjadi bahasa-bahasa besar dunia, dan termasuklah tulisan yang dimulai di Sumeria dan Mesir Purba yang disebarkan oleh para pengembara Melayu.
Sesungguhnya Melayu itu adalah Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Melayu itu juga merupakan Budaya Yang Memerintah.
Orang Melayu akan pasti kembali menjadi pemerintah dunia di masa akan datang, iaitu sama seperti nenek moyang mereka sebagai pengasas tamadun dunia sejak lebih 50,000 tahun dahulu yang dikenali sebagai ‘The Cradle of Civilization’ untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini. Adalah dipercayai bahawa Nabi Adam AS diturunkan ke dunia ini terus ke sini (Eden = Sundaland = Nusantara) dan Nabi Nuh AS mengalami banjir besar di sini juga (yang mengakibatkan tenggelamnya Sundaland) dan merubah kedudukan geografi muka bumi dunia.
Adalah dipercayai bahawa kewujudan Melayu (Funan atau Hitti ataupun Cathay) semenjak zaman Nabi Nuh AS dapat menerangkan hal hakikat bagaimana Red Indian Amerika, Orang Eskimo, Orang Ainu, dan Orang Kepulauan Pasifik (Polynesia serta Melanesia) itu adalah berasal dari Orang Melayu. Sebenarnya bangsa Melayu ini tersangatlah tua di dalam sejarah kewujudan dunia. Kini jumlah orang Melayu di seluruh dunia melebihi 350 juta jiwa yang kebanyakan mereka menetap di Kepulauan Nusantara ataupun Alam Melayu (Malaysia, Indonesia, Brunai, Selatan Thai serta Selatan Filipina). Bilakah Melayu akan bangkit ?
Perkara inilah yang sangat ditakuti oleh bangsa-bangsa lain di dunia, terutamanya orang-orang Barat, Yahudi dan China. Oleh kerana sejarah dunia ini, termasuklah sejarah kita, ditulis oleh para sarjana Barat, sudah tentu ianya bersifat berat sebelah yang memihak kepada mereka dan para sahabat mereka, menenggelamkan sejarah sebenar Orang Melayu. Lebih malang lagi, ahli-ahli sejarah kita pun turut terikut-ikut dengan rentak Barat serta mengikuti acuan Barat. Semua buku teks sejarah berpaksi kepada idea dan ciptaan Barat di mana para pelajar dan pengkaji sejarah terus menerus ‘copy and paste’ tesis penulisan mereka dari tahun ke tahun tanpa ada melakukan kajian komprehensif yang mendalam mengikut kaca mata sendiri. Selain itu, tiada dana khusus diberikan kepada para penyelidik dan pengkaji sejarah tanahair untuk melakukan satu penulisan kisah sebenar sejarah Bangsa Melayu. Perkara yang paling menakjubkan adalah penamaan banjaran gunung tertinggi di dunia ini yang diberikan nama gah “Himalaya” (Hi = Gunung, Malaya = Melayu). Kenapakah para pemimpin kita, termasuk para cendekiawan sejarah tidak mahu memikirkan hal ini ?
Kata-kata keramat, iaitu Mula, Cipta, Rupa, Nyata itu ada membawa erti yang tersangat bermakna serta mendalam kepada Orang Melayu jikalau mereka mahu berfikir secara terbuka tanpa berkiblat kepada para cendekiawan Barat tentang kehebatan dan kesaktian bangsa sendiri.
Oleh kerana kecerdikan Orang Barat dan ketololan Orang Melayu, wilayah Nusantara ini telah dipecahkan kepada beberapa buah negara: Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei dan juga Filipina dengan identiti yang berasingan di antara satu sama lain. Maka berpecahlah Bangsa Melayu itu kepada berbagai puak, suku bangsa dan etnik dengan masing-masing kumpulan mempunyai ideologi dan identiti yang sangatlah asing walau pun mereka dari satu rumpun bangsa yang satu di zaman dahulu kala. Mereka itu semua sudah kehilangan identiti sendiri kerana mengambil 100% identiti orang lain.
Kebanyakan Orang Melayu Nusantara ini tidak faham atau tidak mahu faham tentang taktik dan muslihat penjajah Barat yang mengadu domba sesama mereka supaya jangan sekali-kali bersatu padu. Penjajah Barat itu memang mengetahui hal sebenar kehebatan dan kesaktian Orang Melayu yang tidak dapat ditewaskan dengan apa jua peralatan perang canggih mereka. Untuk menyelesaikan perkara itu, mereka pun berpakat memasuki wilayah Nusantara. Inggeris, Belanda, Portugis dan Sepanyol bersatu padu memasuki wilayah ini dengan muslihat perdagangan dan mengamal perbuatan rasuah kepada para pembesar Melayu. Apabila berjaya menawan hati para pembesar tersebut, penjajah pun terus mencengkam ekonomi dan politik Nusantara, dan mengagih-agihkan sesama mereka ke atas wilayah penguasaan mereka. Inggeris pun mendapat Semenanjung Tanah Melayu dan juga bahagian Utara Pulau Kalimantan. Belanda mendapat Indonesia. Sepanyol mendapat Filipina dan Portugal pula mendapat Timor Timur. Walau pun para penjajah itu sudah menyerahkan wilayah-wilayah jajahan mereka kepada penduduk pribumi tetapi pemerintahan negara tetap berada di tangan anak-anak didik mereka di mana kekayaan negara menjadi milik mereka bersama-sama kroni dan konco-konco mereka sendiri.
Rahsia Melayu sudah terbongkar sedikit demi sedikit oleh sebab berlakunya perpecahan di kalangan bangsa Melayu di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Selatan Thailand. Isu Singapura sudah terbuka dengan nyata apabila pulau ini sudah berada di tangan bangsa asing yang sebelumnya ia adalah milik orang Melayu. Lebih malang lagi bila berlaku perpecahan sesama sendiri di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Selatan Thailand, iaitu orang Melayu bersengketa di antara sesama Melayu. Bibit-bibit perpecahan ini menjadi suatu petanda untuk kebangkitan bangsa Melayu di masa hadapan yang akan dipimpin oleh para pemimpin sejati Melayu untuk memenuhi permintaan
Sebuah Artikel Blog Yang Salah Kaprah...Tidak Benar dan Menyesatkan...Sejarah Indonesia...!
  • Stumble This
  • Fav This With Technorati
  • Add To Del.icio.us
  • Digg This
  • Add To Facebook
  • Add To Yahoo

0 komentar:

Posting Komentar